Sunday, 22 July 2012

Ciri-ciri Kehidupan Masyarakat Arab Jahiliah




Terdiri daripada dua golongan:

  • Masyarakat Badwi (tinggal di kawasan gurun dan pedalaman)
  • Masyarakat Hadari (menetap di kawasan pesisiran pantai)



Ciri-ciri Kehidupan Masyarakat Arab Jahiliah

  • Agama dan Kepercayaan
  • Wathani (menyembah berhala)
  • Animisme (memuja alam seperti pokok)
  • Samawi (Kritian dan Yahudi)
  • Kepercayaan (menilik nasib, sihir, mempercayai roh orang mati menjadi burung)
  • Khurafat (kepercayaan karut atau tahyul)
  • Agama Hanif (agama yang diturunkan oleh Allah s.w.t. sebelum wujudnya Nabi Muhammad s.a.w., penganutnya digelar Hunafa)




  • Sosial
  • perbuatan yang tidak bermoral seperti berjudi, berzina dan meminum arak.
  • lelaki yang mabuk menunjukkan kesempurnaan sebagai seorang lelaki.
  • kedudukan wanita dalam masyarakat adalah rendah sehingga tidak dapat mewarisi harta pusaka ibu bapa.
  • bayi perempuan ditanam hidup-hidup kerana dianggap menjatuhkan maruah keluarga.
  • tidak ada peraturan khusus dalam soal perkahwinan yang boleh dijadikan panduan.
  • seseorang lelaki boleh berkahwin dengan beberapa orang wanita sekali gus atau dengan sesiapa yang disukainya.




  • Ekonomi
  • aktiviti perniagaan dijalankan berasaskan riba dan penindasan.
  • kegiatan merompak dan merampas barangan daripada kafilah  merupakan punca mata pencarian dan kewajipan yang harus dilakukan oleh setiap individu masyarakat Arab Jahiliah.
  • eksploitasi golongan kaya terhadap golongan miskin merupakan amalan biasa yang dilakukan oleh golongan berada.
  • kafilah: kumpulan manusia yang bergerak dari satu tempat dengan satu tujuan, contohnya berniaga atau berpindah.
  • Masyarakat Arab Jahiliah mengamalkan Sistem Kabilah yang berasaskan cara hidup berpuak-puak dan berkelompok.
  • Setiap kabilah mempunyai identiti dan peraturannya sendiri.
  • Sesuatu kabilah diketuai oleh seorang syeikh yang juga merupakan lambang perpaduan kaum mereka.
  • Bakal syeikh mestilah berfikiran matang, gagah, berani, dan pandai berpidato.

Amalan Sistem Kabilah telah mendatangkan kesan yang negatif :
  1. Kemunculan semangat assabiah.
  2. Semangat kesukuan yang melampau.
  3. Tercetusnya peperangan di kalangan masyarakat.

  • Kemunculan semangat assabiah ini berpunca daripada struktur Sistem Kabilah yang berasaskan keturunan.
  • Dalam Sistem Kabilah setiap puak tinggal dalam kelompok masing-masing dan mereka terikat kepada peraturan yang telah ditetapkan oleh kabilah mereka.
  • Keadaan ini telah menimbulkan perasaan kesukuan yang menebal di kalangan ahli kabilah.
  • Mereka juga sanggup menuntut bela demi mempertahankan maruah diri dan kabilah mereka.

Keadaan Muncul Sifat Ini

  •  keadaan geografi dan suasana yang panas dan kering-kontang.
  •  Peperangan antara satu kabilah dengan kabilah lain berlaku ats sebab yang kecil
  •  Peperangan al-Basus
    • Peperangan berlaku antara Bani Taghlib dengan Bani Bakar

    • Peperangan berlaku disebabkan tindakan seorang ahli Bani Bakar membunuh seorang ahli Bani Taghlib.
    • Sungguhpun peperangan ini berpunca daripada perkara kecil tetapi peperangan ini memakan masa selama 40 tahun.
Peperangan al-Basus memperlihatkan sikap orang Arab Jahiliah yang suka berperang.

No comments:

Post a Comment